Peri yang kesepian.

Alhamdulillah, kenyang sudah berbuka puasa sebentar tadi. Aku nk kongsi dengan semua yang aku sekarang sibuk dengan hobi baru aku , menulis novel secara suka suka tentang peri yang kesepian. Aku hanya meluahkan segala yang tertimbul di kotak fikiran aku dengan mengikut pengalaman yang aku ada. Fyi, aku memang sangat meminati dengan dunia karangan dan novel. Dengan ilmu yang aku ada aku cuba untuk berkongsi ceritaku dengan laptop aku dan mungkin satu hari nanti dengan korang semua. Aku bosan duduk rumah hari-hari jadi aku cubalah sesuatu and then td petang aku cuba menyelak semula dairi hidupku masa aku berumur 15,16 dan 17 tahun. Segala cerita cerita yang ada dalam buku itu membuatkan aku semakin mencetuskan idea untuk menceritakan  semula di novel peri yang kesepian ini. Tidak ku sangka, hati aku seolah -olah jatuh semula apabila membaca dairi aku semula. Perasaan rindu kepada si Dia sangat mendalam , dimana dia sekarang? Adakah dia sihat?  hm tak tahu lah-_- Harap dia baik baik sahaja. Time aku tengah khusyuk membaca satu persatu helaian buku itu, gambar si dia jatuh diatas pehaku yang sedang duduk bersila. Aku menatap gambarnya, sangat merindui dia yang dulu. Air mataku jatuh setitik demi setitik. Aku hanya merinduinya, aku bergegas call alham untuk hilangkan rasa rindu itu tp dia tak jawab. Aku semakin mengikut hatiku untuk call Si Dia tp tak mungkin aku mampu berkata kata dengan dia. Aku mula bangun dan aku terus buat kerja yang melalaikan aku dari terus merindui dia tp ternyata aku masih merinduinya juga kerana aku masih mahu kongsi cerita ini di blog. Dia hanya yang aku impikan dan tak mungkin tercapai.
Imissyou -_-"